Tuesday, 3 May 2016

BAGAIMANA HENDAK BERTAUBAT ??


Ass..slm..mualaikum ustaz.. saya ada satu soalan atau kemusykilan..
Iaitu.. Saya selalu mendengar kuliah agama dan utz. Selalu menyuruh kita selalu bertaubat kemusykilan saya bagaimanakah kaedahnya hendah bertaubat itu? Adakah dengan sembahyang sunat khas.. atau ketika sujud dlm sembahyang atau cukup dengan berdoa.. atau ada kaedah lain.. sekian trima kasih..

Jawapan:

Yer, taubat boleh melalui kaedah2 yg anda sebutkan. Ini krn Taubat ialah kembali semula kpd Allah, krn mengharapkan pengampunan dn rahmat drNYA. Seorg hamba yg melakukan dosa, wajib bersegera bertaubat, yakni kembali mengharapkan keampunan dr rahmat Allah SWT.

Bagi memenuhi maksud taubah ini, saya cdgkan beberpa perkara:

1) niat yg benar dan ikhlas utk bertaubat.

2) Datangkan rasa takut akan kemurkaan Allah. Bagaimana jika kita mati dlm masa terdekat? Bagaimana kita hendak bertemu dgn Allah dlm keadaan banyak kesalahan kpdNYA?

3) Bimbangkan akibat yg akan terhasil dr dosa.

4) Berdoa kpd Allah agar menjadikan kita dr kalangan org2 yg bertaubat.

Taubat itu pula ada syaratnya, iaitulah:

1) Ikhlas.
2)Tinggalkan dosa dgn segera.
3) menyesal dgn dosa yg dilakukan.
4) berazam tidak akan mengulanginya.
5) Jika maksiat itu berbentuk berlaku zalim sesama manusia, maka kembalikan semula atau meminta halal dr tuannya.

Disunatkan juga menunaikan solat Taubat pd bila2 masa yg mampu. Ia adlh 2 rakaat sunat dan perbanyakkan istighfar slps memberi salam berdasarkan hadis drpd Abu Bakr alSiddiq yg diriwayatkan oleh Abu Daud dan dinilai Sahih oleh alAlbani.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...