Tuesday, 3 May 2016

HIDUNG RASA GELI, LALU.. "HAACHUMMM!!!"



1. Siapa bersin, tutuplah muka dengan tangan atau kain (lepas tu basuh la), dan perlahankan suaranya.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا عَطَسَ غَطَّى وَجْهَهُ بِيَدِهِ أَوْ بِثَوْبِهِ وَغَضَّ بِهَا صَوْتَهُ - رواه الترمذي

ِAbu Hurayrah kata: Nabi sallalLaahu 'alaihi wa sallam dulu, bila dia bersin, dia tutup mukanya dengan tangan atau pakaiannya dan pelankan suaranya [HR at-Tirmizi]

Kalau boleh pakai sapu tangan atau kain lap, pun bagus juga.

2. Dah bersin, bukan sebut 'Excuse me', tapi sebut ALHAMDU LILLAH.

قال النبي ﷺ: فَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ - رواه البخاري

Nabi sallalLaahu 'alaihi wa sallam pesan: Kalau bersin, pujilah Allah. [HR al-Bukhari]

Tapi, kalau nak 'Excuse me' lepas puji Allah, takpe kot.

3. Siapa yang dengar pula, jawablah YARHAMKALLAH (kalau lelaki yang bersin) atau YARHAMKILLAH (kalau perempuan yang bersin)

قال النبي ﷺ: فَحَقٌّ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ سَمِعَهُ أَنْ يُشَمِّتَهُ - رواه البخاري

Nabi sallalLaahu 'alaihi wa sallam pesan lagi: (Menjadi) Hak setiap muslim yang dengar (pujian itu) supaya membalas dengan tasymit 'Semoga Allah merahmatimu' [HR al-Bukhari]

4. Yang bersin tadi tu boleh jawab balik, YAHDIKUMULLAH WA YUSLIHU BAALAKUM

قال النبي ﷺ: وَيَقُولُ هُوَ: يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ - رواه ابو داود

Nabi sallalLaahu 'alaihi wa sallam beritahu lagi: Dan dia yang bersin tu doakan kembali 'Semoga Allah memberi petunjuk kepada kalian dan memperelok urusan kalian' [HR Abu Dawud]

5. Kalau kawan tu bersin sampai 3 kali, maknanya dia selsema, tukar dengan sebut SYAFAKALLAH atau SYAFAKILLAH

قال النبي ﷺ: يُشَمَّتُ الْعَاطِسُ ثَلَاثًا فَمَا زَادَ، فَهُوَ مَزْكُومٌ - رواه ابن ماجه

Nabi sallalLaahu 'alaihi wa sallam kata: Seseorang itu ucapkan tasymit kepada yang bersin sebanyak tiga kali, kalau lebih dari itu, dia dijangkiti selesema [HR Ibn Majah]

Kesimpulan: Nak syurga, kena dapat rahmat dan cinta Allah. Nak cinta Allah, kena ikut sunnah Nabi. Nak ikut sunnah Nabi, kena la usaha ikut sebanyak-banyak sunnahnya. Bersinpun Nabi ajar macam mana caranya mengikut sunnah.

Tak susahpun kan? Biasakan je..

Haaaaa... chumm..!!!

Alhamdu lilLah!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...