Tuesday, 3 May 2016

HUKUM MAKAN DAN MINUM SAMBIL BERDIRI DAN BERJALAN

Hukum Makan Minum Sambil Berdiri & Berjalan

Jawapan:

MAKRUH makan dan minum sambil berdiri & berjalan.

Hukum Makruh ini diambil berdasarkan dua hadis:

1) Hadis dr Anas bin Malik yg meriwayatkan hadis larangan minum sambil berdiri. Ketika ditanya ttg makan sambil berdiri beliau menjawab:

ذاك أشر أو أخبث

Maksudnya: "Demikian itu lebih buruk dan lebih keji." (HR Muslim dan selainnya)

2) Perkataan Ibn 'Umar:

كنا نأكل على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم ونحن نمشي، ونشرب ونحن قيام

Maksudnya: "Kami dahulunya di zaman Rasulullah SAW, pernah makan sambil berjalan dan minum sambil berdiri." (HR Ahmad dan alTirmizi, dan dinilai Sahih oleh alTirmizi)

alMubarakfuri di dlm Tuhfah alAhwazi menyatakan:

فيه دلالة على جواز الأكل ماشياً، وحديث أنس المذكور في الباب المتقدم يدل على المنع، فيحمل حديث أنس على كراهة التنزيه، وحديث ابن عمر على الجواز مع الكراهة، جمعاً بين الحديثين.

Maksudnya: "Pada hadis ini terdapat bukti harus makan sambil berjalan. Manakala hadis Anas yg disebut pd bab yg lalu menunjukkan larangan. Maka difahami larangan di dlm hadis Anas itu adlh larangan yg membawa kpd hukum Makruh. Manakala hadis Ibn 'Umar menunjukkan Harus beserta Makruh, sbg menggabungkan dua hadis ini."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...