Tuesday, 3 May 2016

KECELAKAAN ORANG YANG TIDAK MERATAKAN AIR WUDUK DI KAKI

Kecelakaan Orang Yang Tidak Meratakan Air Wuduk Dikaki

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ تَخَلَّفَ عَنَّا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ سَافَرْنَاهُ فَأَدْرَكَنَا وَقَدْ حَضَرَتْ صَلَاةُ الْعَصْرِ فَجَعَلْنَا نَمْسَحُ عَلَى أَرْجُلِنَا فَنَادَى وَيْلٌ لِلْأَعْقَابِ مِنْ النَّارِ

Dari Abdullah bin Amru dia berkata, "Nabi SAW meninggalkan kami (lebih dahulu) dalam suatu perjalanan yang kami lakukan, maka kami mendapati baginda ketika waktu solat Ashar telah tiba, maka kami mulai membasuh kaki-kaki kami, tiba-tiba baginda bersabda: "Celakalah bagi tumit-tumit (yang tidak terbasuh air wuduk) dengan api neraka. Sempurnakanlah wuduk kalian dengan baik'." (HR Muslim NO: 355)

Pengajaran:

1.  Syarat sah solat adalah sempurna wuduk.

2.  Antara anggota wuduk yang perlu dibasuh dengan sempurna ialah kedua belah kaki bermula dari buku lali ke bawah

3.  Celakalah orang yang membasuh kaki namun ada bahagian anggota kaki yang tidak terkena air wuduk seperti tumit.

Pastikan anggota kaki diratakan air termasuk tumit dan buku lali ketika berwuduk.

Tazkirah Harian UiTO
Tazkirah pendek untuk difikirkan.
~CR
https://telegram.me/tazkirah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...