Monday, 2 May 2016

SUNNAH-SUNNAH HARI JUMAAT

🍃 Sunnah-sunnahHari Jumaat 🍃

1Berselawat kepada Nabi.

Rasulullâh SAW bersabda :
" Perbanyaklah selawat kepadaku di hari Jumaat dan malam Jumaat. Barangsiapa membaca selawat untukku satu kali, maka Allah berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali."
Hassan, lihat : As-Sahihah Mukhtasarah (lll/397, Asy-Syamilah.

2 Mandi Jumaat dengan tatacara mandi Jinabat.

Waktunya boleh dilakukan setelah Subuh hingga adzan Jumaat.

▶️ Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri bahawa Rasulullah bersabda :
"Mandi hari Jumaat adalah wajib atas setiap muslim yang sudah baligh"
(Hadis riwayat Bukhari) (lafaz wajib menguatkan pendapat yg mewajibkan mandi Jumaat)

▶️ Dari Samurah bin Jundab, bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
"Barangsiapa hanya berwudhu' di hari Jumaat, maka soleh dan baik, dan barangsiapa mandi, maka mandi itu lebih utama."
Sahih: Lihat: Sahih wa Dhaif Sunaan Tirmizi (l/497,asy-Syamilah.)

3 Memperbanyakkan Zikir dan Doa.

Kerana pada hari Jumaat, terdapat saat-saat mustajab doa sepertimana yang diisyaratkan Rasulullah bahawa pada saat itu, ia tidak ditolak.

▶️ Asy-Syaukani berkata, "Nas-nas telah datang secara mutawatir bahawa pada hari Jumaat terdapat satu saat di mana tidaklah seorang hamba meminta sesuatu kepada Rabb-nya kecuali akan diberikan kepadanya".

▶️ Terdapat lebih dari 40 pendapat, tetapi Asy-Syaukani telah menghitungnya, dan dinukil dari al-Muhibb At-Thabari, bahawa ia berkata.
"Paling Sahih di antara hadis-hadis yg menerangkan tentang hal ini adalah hadits Abu Musa bahawa ia mendengar Rasulullah bersabda :
"Saat itu terjadi antara duduknya Imam (ketika khutbah Jumaat) hingga solat (Jumaat) ditunaikan" Hadits riwayat Muslim.

▶️ Selepas waktu Asar sebelum Maghrib berdasarkan hadis Nabi :

يَوْمُ الجُمُعة ثِنْتَا عَشْرَةَ سَاعَةً ، لاَ يُوجَد فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ الله شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ العَصْر

Erti : Hari Jumaat ada 12 bahagian masa yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (maqbul), maka CARILAH IA di HUJUNG WAKTU SELEPAS ASAR" Hadis riwayat Abu Daud- hadis Sahih.

❗️❗️Yakinlah akan dimaqbul doa sewaktu berdoa dan muhasabah diri akan hal yang boleh menggugat kemaqbulan doa seperti harta haram dan dosa-dosa yang belum bertaubat dan istighfar.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...