Saturday, 27 August 2016

PEMBERI NASIHAT YANG MELAKUKAN MAKSIAT.


Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya.

Apa pandangan ustaz pada orang2 yang selalu bagi nasihat kat orang lain. Contonya, suruh orang tu solat, suruh orang tu berjemaah kat masjid, suruh orang tu tutup aurat, cerita kat orang tentang baik buruk dalam agama.

Tapi dia sendiri buat dosa kat Allah. Apa pandangan ustaz terhadap sikap sebegini? Terima kasih ustaz.

Jawapan:

Waalaikumussalam wbt.

Semoga Allah memberikan hidayah kepada orang itu, boleh jadi dia ikhlas memberi nasihat.

Apabila kita dinasihati, usah kita mencari-cari sangat kelemahan orang yang menasihati.

Jika dia ada kelemahan, kita nasihat dia, kelemahan kita pula, dia nasihat kita.

Imam al-Qurtubi menukilkan dalam tafsirnya:

Al-Hasan Al-Basri berkata kepada Muthorrif bin Abdullah:

عظ أصحابك، فقال إني أخاف أن أقول ما لا أفعل،
Nasihatilah sahabat-sahabat mu. Muthorrif menjawab: Sesungguhnya aku takut berkata sesuatu yang tidak aku lakukan.

قال: يرحمك الله! وأينا يفعل ما يقول! ويود الشيطان أنه قد ظفر بهذا، فلم يأمر أحد بمعروف ولم ينه عن منكر
Al-Hasan berkata: Semoga Allah merahmati kamu. Di manakah orang yang sentiasa melakukan apa yang dia katakan? Syaitan sangat suka untuk membuatkan kalian begini, lalu tiada seorang pun yang akan mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada kemungkaran.

Sa'id bin Jubair berkata:

لو كان المرء لا يأمر بالمعروف ولا ينهى عن المنكر حتى لا يكون فيه شي، ما أمر أحد بمعروف ولا نهى عن منكر. قال مالك: وصدق، من ذا الذي ليس فيه  شي!
Seandainya seseorang tidak mahu mengajak kepada kebaikan dan tidak mencegah kemungkaran sehinggalah dirinya tidak ada kesalahan sedikit pun, maka tiada seorang pun yang akan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Imam Malik berkata: Benar. Siapakah yang tiada kesalahan langsung pada dirinya?

-ِADMIN-

Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...