Monday, 30 October 2017

Membaca al-Fatihah untuk orang mati?

Amalan orang Melayu adalah membacakan surah al-Fatihah apabila mendengar berita kematian. Itu pun jika mereka benar-benar membacanya.....kerana ada yang menaip "al-Fatihah" tetapi tidak membacanya secara penuh.
Timbul persoalan, adakah dalil pembacaan al-Fatihah ini?

Ada sebuah riwayat dalam persoalan ini,
وعن ابن عمر رضي الله عنهما قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول :
إذا مات أحدكم فلا تحبسوه وأسرعوا به إلى قبره وليقرأ عند رأسه بفاتحة الكتاب وعند رجليه بخاتمة سورة البقرة في قبره
Daripada 'Abdullah ibn 'Umar, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila mati salah seorang kalian, maka janganlah ditangguhkan sebaliknya segeralah ke kuburnya (untuk dikebumikan).
Dan bacakanlah di dalam kuburnya, di sisi kepalanya Fatihatul Kitab (Surah al-Fatihah) dan di sisi kakinya penutup surah al-Baqarah."

Takhrij hadis:
Hadis riwayat al-Thabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman.
[1] Berkata al-Haithami dalam Majma al-Zawa'id no.: 4242: Riwayat al-Thabarani dalam al-Kabir dan di dalam (sanad)nya ada Yahya bin Abdullah al-Babilati dan dia adalah (perawi yang) dha'if.
[2] Berkata al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Dha'ifah wa al-Maudhu'ah, no: 4140: Dha'if jiddan. Sila rujuk penjelasan beliau dalam kitabnya ini.
[3] al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menilainya hasan dalam Fath al-Bari, namun al-Albani telah menerangkan kekeliruan ini dalam Ahkam al-Jana'iz, ms. 13.

Pengamalan hadis:
Seandainya tetap mahu diamalkan hadis ini, maka perhatikan bahawa saranan membaca surah al-Fatihah dan penutup al-Baqarah adalah kepada orang yang menurunkan jenazah ke dalam kubur.
Ini kerana hadis menyebut "di dalam kuburnya" dan bukannya "di sisi kuburnya". Maka ia tidak merujuk kepada orang-orang yang berada di sekeliling kuburnya.
Ada pun bagi orang-orang yang berada jauh seperti di media sosial, whats app atau telegram, hadis ini juga tidak merujuk kepada mereka.
Justeru tidak disunnahkan mahupun disyariatkan mereka membaca atau menyebut "al-Fatihah!" Apa yang disunnahkan adalah menyebut "Inna Lillah...." dan mendoakan jenazah.


kredit to :Kapten Hafiz Firdaus dari blognya:
http://hafizfirdaus.com/makallah-topmenu-92/142-tazkirah-hari-ini/1142-thi-01-07-2017-membaca-al-fatihah-untuk-orang-mati.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...