Monday, 30 October 2017

TAZKIRAH MALAM.


وعن أَبي موسى – رضي الله عنه – قَالَ: قُلْتُ: يَا رسولَ اللهِ أَيُّ المُسْلمِينَ أفْضَلُ؟ قَالَ: «مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ» متفق عَلَيْهِ

Daripada Abu Musa Al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu dia berkata, aku berkata, “Wahai Rasulullah, orang Islam yang bagaimanakah yang paling utama? Baginda menjawab, “Orang yang kaum Muslimin selamat dari lisannya dan tangannya.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Orang Islam yang paling baik adalah orang Islam yang menjaga lidahnya dan juga tangannya dari mengganggu orang lain.

Menjaga tangan maknanya daripada perbuatan mengkhianat seperti memukul orang.

Menjaga lisan maknanya dari kata-kata yang boleh menyakiti orang.

Dizaman serba canggih ini, tangan yang boleh menulis dan boleh menyakiti hati orang melalui tulisan. Sesungguhnya zaman ini penuh dengan fitnah.

Maka kita hendaklah menjaga mulut dan tangan dan menggunakannya dalam hal-hal yang baik-baik sahaja. Jika kita mampu membuat kedua-duanya maka kita berjaya menjadi hamba-Nya yang soleh. Ikut apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang oleh Allah Ta'ala.

Imam al-Qurthubi berkata: “Barangsiapa yang (selalu) taat dan beribadah kepada Allah, menyibukkan pendengaran, penglihatan, lisan dan hatinya dengan perintah-Nya, maka dialah yang paling berhak (mendapatkan) nama al-‘Ubudiyyah (hamba Allah sejati).
Rujukan: Kitab “Tafsir al-Qurthubi” (13/67-68)

Wallahua'lam


Kredit : Page Jalan-jalan Cari Ilmu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...