Friday, 3 November 2017

MENJAWAB PERSOALAN ISLAM LIBERAL (SESI 2)

MENJAWAB PERSOALAN ISLAM LIBERAL ( SESI 2)
🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰
1. HUDUD IALAH HUKUM KEJAM
nanti ramai orang kita yg tiada tangan.

★ Hudud sebenarnya bukan lah hukum kejam kerana hukuman yang ditetapkan ialah setimpal dengan jenayah yang mereka lakukan. Misalnya, bagi mereka yang mencuri maka hukumannya ialah dipotong tangan tersebut.

Namun, syarat untuk memotong tangan pencuri itu sangat ketat. Misal, pencuri yang dipotong tangan hanyalah yang melibatkan nilai kecurian yang tinggi. Jika barang yang dicuri itu tidak dijaga (misalnya kereta yang dibiarkan kunci kereta di dalamnya),  maka pencuri tidak boleh dikerat tangannya. Dan berberapa lagi syarat lain untuk memotong tangan. Membuktikan, Islam memberikan budi bicara kepada pesalah.

Hukum sebat yang dibuat dalam hudud bukanlah hukum sebat yg sama dilakukan di institusi algojo hari ini. Tular di media sosial video seorang pesalah yang disebat hingga terbelah punggungnya. Hudud tidak lah sebat sekuat itu. Hudud hanya disebat dengan pelepah kurma atau kelapa dan tidak dibogelkan pesalah tersebut. Namun, hukuman akan dibuat ditempat awam sebagai pengajaran kepada pesalah dan penonton. Ini ialah kaedah yang sebenarnya kurang menyiksa fizikal tetapi menyiksa maruah seseorang pesalah kerana dibuka kesalahannya di tempat umum.

Hukum rejam kepada pelaku zina yang sudah berkahwin ialah sesuai dengan jenayahnya. Hal ini kerana mereka telah merosakkan jalur keturunan mereka sendiri dan seterusnya berkait dengan sistem perwarisan, sistem wali, sitem zakat (yg melibatkan ahlul bait) dan sistem2 lainnya. Oleh itu, mereka yang telah merosakkan jalur keturunan, setimpal lah dengan merejamnya. Pesalah masih diberi peluang untuk bertaubat sebelum hukuman dan jika zina itu terjadinya anak, maka hukuman akan dibuat selepas lahirnya anak itu. Bagaimana orang yang merosakkan jalur keturunan hanya didenda dengan bayar sebilangan wang sahaja? Jika penzina itu kaya, dia tidak akan hiraukan denda tersebut dan berzina lagi.


2. NABI TIDAK CUKUR JANGGUT KERANA ZAMAN NABI TIADA 'GILLETE'.
kalau ada mesti dah cukur.


خالفوا المشركين: وفروا اللحى، وأحفوا الشوارب
★“Hendaklah kamu berbeza dengan orang-orang Musyrikin kerana itu biarkanlah janggut dan buanglah misai” (HR Imam Bukhari)

Hadis ini membuktikan sunnah membela janggut bukan kerana tiada gillete (Gillete ialah jenama pencukur). Zaman Rasulullah SAW sudah tentu ada kaedah lain untuk mencukur kerana Rasulullah SAW membuang misai baginda. Boleh sahaja nabi guna kaedah mencukur yg sama pada janggut baginda tetapi baginda tidak berbuat demikian. Bukti, membela janggut ialah sunnah. Malah menjadi sunnah mencukur bulu kemaluan dan mencukur kepala ketika haji membuktikan zaman dahulu ada kaedah lain untuk mencukur. Tetapi tetap, Rasulullah SAW tidak membuang janggut.


3. KENAPA PEREMPUAN KENA PAKAI TUDUNG DAN KENAPA TAK BOLEH PEGANG YG TAK MAHRAM?
malah sesetengah negara dah macam ninja perempuannya. Kan sama2 manusia, jijik ke lain jantina?

★Jawapan mudah bagi soalan ini ialah kerana menjaga maruah wanita. Sejarah membuktikan bahawa wanita sering menjadi hamba nafsu bagi  kerajaan-kerajaan dunia.

Islam ajarkan garis batas antara lelaki dan perempuan supaya wanita Islam terjaga maruah mereka. Wanita hanya boleh bersentuhan kulit dengan mahram mereka yg terdiri daripada keluarga seperti ayah kandung, datuk kandung dan seumpama dengannya. Kerana ayah tidak akan memakan anaknya (fitrahnya begitu). Jika lelaki lain, pastilah wanita itu akan ditiduri sepertimana slogan barat "Friend For Benefit" dan "Sex But No Love". Tidak termasuk kempen filem barat yang mana wanita 18 tahun yang belum ditiduri oleh lelaki dianggap mentah dan aib. Islam hadir, mengajarkan 'ikhtilat' dalam pergaulan sekaligus membendung gejala seks bebas dalam masyarakat.

Aurat ialah salah satu kaedah dlm menjaga maruah. Barat percaya bahawa manusia asalnya bogel. Kemudian mula menutup kemaluan dengan daun, kemudian memakai baju, seluar mengikut aturan zaman.Drpd logik barat ini, semakin moden zaman, pakaian manusia semakin sopan (tertutup).  Maka menutup aurat sebenarnya menepati krateria moden ala barat.

Aurat sebenarnya menjaga kehormatan wanita. Apabila seorang wanita yang mendedahkan dada mereka berjalan di kaki lima, dengan seorang wanita menutup aurat mengikut syarak berjalan di kaki lima yang sama, siapakah yang lebih menarik perhatian lelaki? Pembaca tahu jawapannya.

Mungkin ada yang protes kerana mereka bukannya hendak memakai pakian mencolok mata, cuma mahu membuka tudung sahaja. Adakah rambutnya mampu menarik perhatian lelaki? Jawapannya, ya. Buktinya, apabila lekaki ditanya "Apa yang awak suka tentang teman wanita awak?" dan ada mereka menjawab "rambutnya yang cantik".


4. KENAPA TIDAK BOLEH BERSETUBUH DENGAN ANAK SENDIRI?
saya yang tanam, kenapa tak boleh rasa buahnya?

★Nauzubillah minzalik, ada bapa yang tidak bertanggungjawab seperti ini. Bagaimana tergamak seorang ayah berlaku sumbang kepada anaknya. Hukum di dalam Islam dalam hal ini jelas haram.

Jika seorang ayah mendapat zuriat hasil sumbang dengan anaknya, apakah zuriat itu dikira anaknya atau cucunya?? Maka ini juga dikira sebagai perosak sana keturunan dan ayahnya boleh dihukum rejam. Jika anaknya sudah berkahwin dan rela kepada ayahnya, maka anak juga boleh dihukum rejam.

Merosakkan institusi keturunan ialah satu jenayah yang sangat berat. Bayangkan jika seluruh masyarakat bangsa itu melakukan hal sumbang ini,  keluarga dlm bangsa itu sendiri bercelaru. Lebih-lebih lagi dalam memperkenalkan ahli keluarga kepada orang lain. Bangsa itu pula akan dipandang hina kerana perbuatan terkutuk itu.

Amati carta di bawah

 Ayah + Ibu = Kakak , Abang
Ayah + Kakak = (X)

Maka X itu siapa?
X ialah (cucu + anak ayah), (cucu + anak tiri ibu) ,  (anak + adik kakak) , ( adik + anak buah abang).

Lihat sendiri kecelaruan dalam keluarga ini. Adakah wajar kita biarkan alasan " Saya tanam apa salah saya merasa" ini?


5. KENAPA LELAKI LEBIH UTAMA SEBAGAI KETUA?
adakah Islam menganggap wanita ini hina?

★Islam tidak menghina wanita. Islam mengangkat ketokohan Khadijah Binti Khuwailid, Aisyah Binti Abu Bakar, Fatimah Binti Rasulullah SAW, Mariam Binti Imran, Sumayyah Binti Khuyyat dan ramai lagi wanita lainnya.

Hanyasanya fitrah lelaki ialah lebih kuat dari wanita. Kita tidak boleh sangkal fakta ini. Buktinya ada di dalam kehidupan sehari.

Bilangan wanita lebih ramai dari lelaki di dunia ini, namun dalam institusi yang lasak, lelaki ialah dominan. Misalnya bidang kejuruteraan, pembinaan, ketenteraan, bomba dan bidang lainnya, didominasi oleh lelaki. Malah tokoh2 general dan laksmana perang ramainya daripada lelaki. Bukti, bahawa fitrah lelaki lebih kuat fizikal daripada wanita. Oleh itu, lelaki ditugaskan menjadi pelindung dan memimpin dalam rumah tangga. Mencari nafkah dan mengajarkan ilmu ialah tanggungjawab suami dan bapa.

Tidak dinafikan ada juga wanita di dalam  kerja lelaki seperti Laksmana Hang Li Po, namun tetap tidak mengubah fitrah bahawa lelaki ialah lebih kuat fizikal dari wanita.

Maka pemimpin ialah yang melindungi, sesuai dengan fitrahnya lelaki lah yg diutamakan menjadi pemimpin.

6. KENAPA ISTERI TIDAK BOLEH KUASA TALAK?
kadang kala suami tak mahu lepaskan isteri walaupun tak bayar nafkah. Isteri terperangkap dengan zalimnya suami. Sepatutnya Wanita juga berhak kuasa talak kerana suami pun bukan betul sangat.

★ Talak ialah isu penting dalam rumah tangga. Ia melibatkan jangka sesuatu hubungan yang telah terbina. Oleh itu, yang layak menentukan jangka ini ialah ketua rumah tangga itu sendiri. Oleh itu, suami lah yang mempunyai kuasa talak kerana dia ketua.

Namun Islam tidak zalim dan tahu bahawa tidak semua suami itu bertanggungjawab. Oleh itu, pihak wanita boleh membuat tuntutan cerai Fasakh dengan alasan yang cukup. Kemudian hakim akan menceraikan rumah tangga tersebut.

Namun hal ini perlukan alasan dn bukti yg cukup. Mungkin suami sudah tidak memberi nafkah, atau suami mendera fizikal dan mentalnya.

Maka ini membuktikan Islam memberikan budi bicara dlm segala hal.


7. KENAPA WANITA TIDAK BOLEH MENJADI IMAM?
kenapa perempuan tidak boleh di saf depan?

★ Halnya yang pertama, kerana Islam melarangnya. Kemudian, kerana tuntutan lelaki menjadi pemimpin.

Seterusnya, untuk menjaga kehormatan wanita. Bayangkan jika lelaki solat dan ada wanita sedang mononggeng (rukuk, sujud) dihadapannya , apakah dalam kepala lelaki tersebut? Mungkin bagi sesetengah lelaki yg kuat imannya, hal itu tidak mengapa, tetapi hal demikian pasti menggugat nafsu sebahagian besar lelaki. Oleh itu, tidak sesuai wanita dihadapan. Selain itu, imam memerlukan suara yang lantang dan jelas agar didengari para makmum. Terutamanya apabila berlaku kerosakan pembesar suara, maka suara lantang imam lah yg sepatutnya memainkan peranan.

Juga kepada wanita yang gemar memakai telekung (mukana) ketika solat, memudahkan lagi mereka menukar telekung di bahagian belakang saf tanpa ditoleh oleh jemaah lelaki.Wallahualam

Kredit to:
________________________________
️~ Ibnu Tuzah ~
-Telegram Channel:  http://bit.ly/28ZmJcp
- Facebook:  https://www.facebook.com/revolusimelayubaru/ http://revolusimelayubaru.blogspot.my/?m=1

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...