Friday, 3 November 2017

MENJAWAB PERSOALAN ISLAM LIBERAL (SESI 3 )

MENJAWAB PERSOALAN ISLAM LIBERAL ( SESI 3 )

Maka mereka masih mempersoalkan hal-hal Islam. Mereka cuba menjadikan Islam sesuai dengan pemikiran mereka. Satu demi satu soalan maut mereka cuba berikan kepada kita dengan harapan, umat Islam akan keliru dan akan kurang keyakiyan terhadap Islam. Oleh itu, RMB akan merungkai dari semasa ke semasa kekeliruan yang mereka campakkan pada kita.

1. KENAPA TIDAK ADA KESAMARATAAN DALAM ISLAM? Equality.. Jika saya dapat RM10, awak pun dapatlah RM10.
★ Percaya atau tidak, kesamarataan itu bukanlah semestinya adil. Mungkin dalam sesetengah hal asas, samarata itu adil. Tapi sebenarnya samarata tidak lah membawa makna adil.

Sesetengah negara yang memberikan gaji doktor dan gaji buruh dengan kadar yang sama sepertimana negara-negara bawakan komunis. Adakah adil seorang doktor yang belajar hempas pulas untuk mendapatkan sijil mereka apabila bekerja hanya mendapat gaji kadar buruh?

Apabila kita melihat ada seorang dewasa dengan seorang kanak-kanak sedang cuba menjengah tembok. Lalu kita berikan mereka kotak untuk dipijak supaya bisa melepasi tembok tersebut. Sudah tentulah kita berikan kotak yang lebih untuk anak tersebut kerana anak tersebut agak rendah berbanding dewasa yang baginya satu kotak juga sudab cukup.

Ini hanyalah kaedah-kaedah mudah bagi memahami bahawa kesamarataan itu tidak semestinya adil.


2. KENAPA NABI BERKAHWIN DENGAN YANG BAWAH UMUR? bukan kah ini pedofelia?
★ Dalam Islam, hal perkahwinan tidaklah terikat dengan umur tertentu. Oleh itu perkahwinan itu sah disisi Islam. Sebab itu akad adalah salah satu perkara yang Islam larang untuk dibuat gurauan.

Adapun Rasulullah berkahwin ketika itu, tidaklah Rasulullah duduk serumah isterinya sehinggalah isterinya itu cukup umurnya (baligh). Maka tidaklah layak Rasulullah digelar pedofelia.

Anak-anak Muslim sememangnya matang pada umur balighnya. Berbeza dengan barat yang menganggap matang itu pada paras umur 18.


3. PAKAI TUDUNG TAK SEMESTINYA BAIK. KALAU PAKAI TUDUNG TP JAHAT BUAT APA? MUNAFIK JE. sebab saya ni tak baik, maka saya tak perlu pakai tudung.
★Memakai tudung ialah kewajiban. Ia bukanlah kayu ukur untuk amalan atau kebaikan seseorang. Tidak dapat dinafikan, ada sahaja mereka yang memakai tudung itu mempunyai sifat yang kurang baik.

Namun, Muslimah memakai tudung adalah kerana perintah tuhannya, bukannya kerana mahu dilihat orang. Kadang-kala  muslimah culas tersilap langkah dalam kehidupan, namun itu bukanlah tiket bagi muslimah untuk membuka kerudung yang saban hari memelihara harga dirinya.

Walaupun seseorang merasakan buruknya akhlaknya. Seburuk mana pun akhlak yang mereka sangka pada diri mereka, sekurang-kurangnya janganlah meninggalkan kewajiban perintah tuhan pada hambaNya. Ada sahaja mereka yang sering mengecam wanita dengan penuh mentah pemikirannya dengan berkata "Kalau buat perangai macam tu baik tak payah pakai tudung!" sedangkan setiap sifat mereka bukannya dikawal oleh tudung itu.

Memang tudung bukan tanda mereka lebih baik. Namun Muslimah memakai tudung adalah kerana dia ingin menjadi yang terbaik untuk dirinya. Bukan untuk orang lain.


4. NABI IBRAHIM TIDAK SAYANG KELUARGANYA! kerana meninggalkan Nabi Ismail dan Hajar di gurun panas dan cuba menyembelih Nabi Ismail.
★Nauzubillah min zalik, semoga kita tidak terikut dengan tohmahan ini. Mereka mempersoalkan kasih sayang ayah pada keluarganya kerana logik akal mengatakan ayah yang baik tidak akan menyembelih anaknya dan meninggalkan isterinya.

Sebagai Muslim, sememangnya kita menyayangi Allah SWT lebih dari yang lain. Hata ibu, isteri dan anak kita sendiri. Ibrahim A.S ialah seorang soleh pada masa itu, layaklah Allah SWT menguji keimanan dan ketaatannya walaupun Dia tidak perlu uji pun sudah tahu taraf keimanan dan ketaatan Ibrahim A.S. Ujian itu adalah untuk orang yang terakan datang (kita) mengambil iktibar dan tauladan. Yang mana hal ini mengajar kita untuk sentiasa berserah diri kepada Allah SWT dan tidak meragukan apa-apa perintahNya.

Adapun begitu, Allah SWT tidak pernah menyuruh mana-mana dari umat Muhammad SAW untuk meninggalkan anak dan isteri di padang pasir. Malah tidak pernah disuruh mana-mana orang lain menyembelih anaknya.

Kisah Nabi Ibrahim A.S ialah bukti kesolehannya dan Allah SWT mengganjarkan kesolehan Nabi Ibrahim itu dengan zuriat yang mulia. Daripada sulbinya, lahir Nabi Ismail A.S. dan dari sulbinya juga lahirnya Rasulullah SAW.


5. NABI ISMAIL ANAK LUAR NIKAH!
★Tuduhan ini ialah tuduhan melampau daripada mereka yang buta sirah. Sirah menjelaskan bahawa Nabi Ismail ialah anak kepada Nabi Ibrahim dengan Siti Hajar. Anak yang sah. Hal ini kerana Nabi Ibrahim A.S menunggu lama untuk mendapatkan zuriatnya. 

Kemudian baginda berdoa,
Surah As-Saaffat, ayat  100:
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ

" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"

Hal ini membuktikan bahawa baginda telah pun berkahwin dengan Hajar. Mendoakan anak itu membuktikan bahawa memang Allah mengurniakan pada baginda anak yang soleh iaitu Nabi Ismail A.S.

Surah As-Saaffat, ayat 101:
فَبَشَّرْنَاهُ بِغُلَامٍ حَلِيمٍ

Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.


6. APA SALAHNYA KITA MENYAMBUT HARI JADI NABI ISA? gabungkan la perayaan krismas menjadi perayaan Kristian dengan Muslim bersama.
★ Pertamanya perlu diingatkan bahawa menyambut hari jadi mana-mana nabi dan rasul bukanlah ajaran daripada Islam.

Surah Al-Kafirun, ayat 6:
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ

"Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku".

Ayat diatas membuktikan bahawa tidak boleh digabungkan hari raya kita dengan hari raya mereka.

Islam hanya menyambut dua hari raya tahunan iaitu Aidilfitri dan Aidiladha. Juga ada ulama yang mengklafikasikan Jumaat sebagai hari raya mingguan.

Maka hari selain daripada hari-hari yang dinyatakan di atas, bukanlah perayaan bagi umat Islam. Samada Krismas mahupun Maulid, kedua-duanya bukan lah asal daripada AlQuran dan AsSunnah.

Malah, Muslim tidak menganggap krismas sebagai hari lahir Nabi Isa A.S. Hal ini kerana Muslim mempercayai kisah  bahawa Maryam sarat mengandungkan Isa dalam keadaan penat dan lapar. Lalu Allah meminta Maryam menggoncangkan sebatang pokok tamar untuk menjatuhkan buahnya untuk dimakan.

Jika Krismas ialah musim salji, maka mustahil sejarah diatas boleh berlaku kerana tamar tidak berbuah dikala salji. Oleh itu Islam tidak menyamput Krismas walaupun kami juga menyayangi Nabi Isa A.S.


7. KENAPA ISLAM TAKSUB DENGAN ARAB? ketara sangat Islam tu asik-asik jadikan Arab keutamaan. Al-Quran pun Bahasa Arab. Haji pn pergi Arab. Muhammad pun turun kepada orang Arab.
★ Arab merupakan kaum yang ada bidang kemajuaannya sendiri. Sejarah membuktikan kemegahan tamadun manusia kebanyakannya ialah dikawasan timur tengah, utara afrika, mediteranian dan timur asia.

Maka Allah SWT menurunkan nabi dan rasul kepada bangsa-bangsa yang bertamadun ini. Misalnya Aad, Tsamud, Sadom, Madyan, Parsi, Bani Israel dan juga Arab.

Kita mengetahui nabi dan rasul paling banyak diturunkan kepada Bani Israel. Kemudian Allah SWT memilih bangsa Arab (geopolitik yang sangat hampir dengan Israel) mungkin kerana hikmah yang besar.

Antaranya ialah Arab lebih dominan. Juga sifat perpecahan Arab yang sangat tinggi. Juga mungkin kerana penyelewengan terhadap agama Ibrahim dan Ismail yg lebih parah berbanding penyelewengan agama Musa.

Kerana agama Musa diseleweng tetapi mereka masih mengiktiraf Allah sebagai tuhan. Tetapi agama Ibrahim diseleweng sehingga dicipta banyak berhala dan memuja nenek moyang. Maka lebih parah kekuratannya kepada Bangsa Arab.

Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab kerana Nabi Muhammad iala orang Arab. Maka mudah bagi baginda faham dan mudah bagi masyarakat arab/bani israel faham. Kerana Bahasa Arab pada ketika itu diguna juga oleh orang Israel. Malah Bahasa Arab juga sehingga kini, sangat luas penggunaannya. Salah satu dari bahasa antarabangsa. Maka ramailah yang boleh memahami Al-Quran dengan bahasa yang rapat dengat masyarakat itu.

Islam memilih Kaabah ialah sinonim dengan agama Ibrahim A.S. Yahudi dan Kristian mempercayai agama bawakan Ibrahim A.S. Apabila Islam hadir, mengembalikan kiblat ke Kaabah maka ini ialah bukti bahawa Islam ialah agama yang benar rentetan daripada perutusan Ibrahim A.S. Kerana Ibrahim dengan Kaabah ialah sangat sinonim.

Oleh sebab itu, Bangsa Arab memainkan tugas penting dalam agama ini kerana Al-Quran di dalam bahasa mereka. Maka mereka lah yang lebih utama untuk memeliharanya. Kaabah juga terletak di tanah mereka, maka mereka lah yang lebih utama menjaganya.

Namun dari segi darjat di sisi Allah, maka yang beriman dan beramal soleh tetap menjadi keutamaan tanpa mengira ras, dialek, rupa, pangkat dan kekayaan. Arab yang derhaka akan ke neraka jua (Abu Lahab) dan Melayu (ajam) yang soleh insyaallah syurga lah tempatnya. Wallahualam


kredit to:
~ Ibnu Tuzah ~
-Telegram Channel:  http://bit.ly/28ZmJcp
- Facebook:  https://www.facebook.com/revolusimelayubaru/
 http://revolusimelayubaru.blogspot.my/?m=1

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...