Friday, 3 November 2017

MENJAWAB PERSOALAN ISLAM LIBERAL (SESI 4)

MENJAWAB PERSOALAN ISLAM LIBERAL ( SESI 4)

Artikel ini ialah rentetan kepada sesi-sesi sebelum ini. Insyaallah kita akan huraikan lagi dengan penuh kebenaran.

1. KENAPA ISLAM MELAWAN TEORI EVOLUSI CHARLES DARWIN?
★ Jawapan muda bagi soalan ini ialah kami mengiktiraf kebenaran Al-Quran. Di dalam Quran menyebutkan tentang penciptaan Adam daripada tanah. Membuktikan manusia pertama ialah daripada tanah iaitu Adam.

Bertentangan dengan teori yang mengatakan manusia pertama ialah beruk. Jika benar manusia ini berevolusi, maka buktikanlah, apa kah ciri-ciri evolusi fizikal manusia pada masa hadapan? Sedangkan peradaban manusia wujud sudah sekian lama, kenapa tidak ada beza fizikal ketara daripada manusia zaman Madyan dengan zaman moden ini? Sepatutnya waktu yang sudah berjuta tahun telah cukup untuk merevolusikan manusia lagi.


2. KENAPA LELAKI MUSLIM BOLEH KAHWIN 4?
★ Bersesuaian dengan bilangan wanita yang lebih ramai dari lelaki. Mengikut pembancian kebanyakan negara juga menyatakan bahawa wanita mereka lebih ramai dari lelaki

Jika wanita lebih ramai, maka kuota perkahwinannya tidak cukup. Maka diberikan mereka untuk berkahwin dengan lelaki yang juga sudah berkahwin.

Hal ini merupakan hal yang mulia kerana lelaki akan bertanggungjawab keatas wanita yang dikahwini. Segala makan, minum, pakaian dan perlindungan akan diberikan oleh lelaki tersebut. Berbeza dengan budaya kebanyakan orang di barat yang mana mempunyai perempuan simpanan. Juga di sesetengah negara memberi permit kepada kegiatan pelacuran. Ini sekaligus memperendahkan martabat wanita kerana tidak diketemukan kaedah yang baik dalam menanggani isu kekurangan kuota untuk berkahwin.


3. NABI KAWIN LEBIH DARI 4, TETAPI KENAPA UMATNYA BOLEH 4 SAHAJA? bukti bahawa nabi gila seks?
★Nabi ada hukum-hukum tersendiri dalam sesetengah hal. Misalnya keturunan Nabi Muhammad SAW tidak boleh menerima zakat. Malah Rasulullah SAW sendiri tidak menerima sedekah. Hal ini hanya khas kepada baginda Rasulullah SAW.

Hikmah kepada perkahwinan Rasulullah SAW yang ramai ialah, ramai golongan wanita yang akan menjadi perawi hadis nabi. Jika Ummul Mukminin Aisyah R.A tidak pernah mendengar sesuatu hadis, mungkin juga Ummul Mukminin Saudah akan mendengarnya. Atau mungkin juga ummul mukminin yang lain boleh mendengarnya.


4. JIKA NABI KAHWIN LEBIH 4, MAKA SUNNAH LA KAHWIN LEBIH 4?
★ Tidak. Kerana hukum tersebut hanya untuk Rasulullah SAW sahaja.


5. KENAPA PERLU BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN? kebulur lah nanti ramai yang mati.
★ Islam mensyariatkan untuk berpuasa pada bulan itu atas dasar kemampuan sahaja. Jika seseorang itu sakit atau mengandung, maka dibolehkan bagi mereka untuk tidak berpuasa pada waktu itu. Begitu juga kepada mereka tidak sakit, tetapi penat kerana mungkin perjalanan yang jauh maka dibenarkan juga untuk tidak berpuasa pada waktu itu. Hukum berpuasa tidak sekali-kali memudaratkan umatnya.


6. KENAPA PERLU BAYAR ZAKAT? AKHIRNYA ZAKAT KE MANA? kenapa islam tidak pun kaya?
★Zakat ialah duit pencairan di mana zakat itu akan dibahagikan kepada mereka yang tidak mampu. Samada kepada fakir miskin, ibu tunggal atau sesiapa sahaja yang memerlukan (golongan asnaf).

Ini merupakan langkah yang baik dalam menanggani isu kemiskinan. Namun ia berbalik kepada yang memegang amanah zakat samada mereka amanah atau tidak dalam menjalankan tugas.

Kenapa Islam tidak pun kaya bukan lah terletak kepada taraf zakat. Zakat hanya memenuhi keperluan sehari-hari dan bukannya untuk kegunaan menyimpan aset harta dan sebagainya.

Di negara Islam seperti Arab Saudi, Bahrain, Qatar, dan UAE, rakyat mereka ramai yang kaya dan berharta. Negara-negara ini juga menjalankan sistem zakat membuktikan bahawa sistem ini tidaklah merendahkan ekonomi rakyat mereka. Terutamanya di Arab Saudi dan UAE yang banyak mengamalkan pelaburan emas di mana mereka perlu membayar Zakat emas. Itu pun tidak lah sekali-kali mengurangkan kekayaan mereka.


7. KENAPA PERLU ORANG KAFIR MEMBAYAR JIZYAH? seperti samseng meminta duit perlindungan daripada penduduk.
★Jizyah ialah persetujuan orang bukan Islam kepada kerajaan Islam yg mereka duduki. Bagi mereka yang membayar jizyah, maka kerajaan perlu menjaga hak-hak agama mereka, keselamatan mereka dan perlindungan mereka. Jika mereka tidak membayar jizyah, maka mereka perlulah dihalau dari kerajaan tersebut.

Ini lah gaya Islam dalam menjaga kesejahteraan agama lain. Mereka yang taat pada undang-undang Islam akan turut dijaga dan dilindungi sepertimana Islam yang lainnya. Hakikatnya duit itu bukan lah duit perlindungan sebagaimana samseng di sesetengah kawasan kota.

Ia merupakan tanda bahawa mereka taat kepada kerajaan Islam. Maka cukuplah bagi Muslim membayar zakat dan yang kafir pula membayar jizyah. Bayaran jizyah hanya diambil setahun sekali berbeza dengan cukai-cukai lain negara (yang bukan asas dari Islam) perlu dibayar setiap bulan atau setiap kali LHDN memintanya.

Wallahualam

Kredit to:~ Ibnu Tuzah ~
-Telegram Channel:  http://bit.ly/28ZmJcp
- Facebook:  https://www.facebook.com/revolusimelayubaru/
 http://revolusimelayubaru.blogspot.my/?m=1

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...