Friday, 3 November 2017

MENJAWAB SOALAN PEMIKIRAN LIBERAL (SESI 1)

MENJAWAB SOALAN PEMIKIRAN LIBERAL (SESI 1)

1. ADAKAH AL-QURAN BENAR DARI ALLAH SWT?
sedangkan ia diturunkan 1400 yg lalu. Mustahil untuk ia betul 100% kerana yang menurunkan itu manusia. Malah nabi ialah nabi yang tidak tahu membaca.

★ Al-Quran pada asalnya tidak dikitabkan tetapi di hafal oleh para sahabat. Sahabat Rasulullah SAW akan menyampaikan pada sahabat yg lain jika ada ayat Al-Quran yg tidak sampai pada mereka. Maka Al-Quran itu bukan disampaikan oleh seorang sahaja.  Ia merupakan jalur sanad yang panjang dengan para penghafalnya yang ramai. Jika ada yang cuba mengubah isi Al-Quran, para penghafal yang lain akan tahu dan akan menjaga ketulenan Al-Quran. Sehingga kini, penghafal Al-Quran bertebaran di serata dunia.

Kesahihannya semakin terbukti setelah isi2 di dalam Al-Quran itu tidak pernah berlawanan dengan realiti. Banyak penemuan2 sains yang akhirnya bertepatan dengan isi Al-Quran seperti wujudnya zarah, featus, embrio, bumi mengelilingi matahari dan banyak lagi. Al-Quran menyatakan kesemua fakta sains ini sebelum para sarjana  menjumpainya lagi.


2. BENARKAH ALLAH SWT ITU WUJUD?
Jika wujud, mana buktinya? Sedangkan kita tidak nampak.

★Al-Quran ialah bukti bahawa Allah SWT itu wujud. Hal ini kerana Al-Quran mampu merungkaikan sains yang manusia lambat rungkaikan. Membuktikan, ia benar datang dari Allah SWT.

Bagaimana seorang manusia boleh menulis secara teliti tentang bumi dan alam tanpa sebarang kajian? Al-Quran bukanlah penulisan manusia tetapi ia merupakan firman Allah SWT. Layak lah bagi Nya untuk mengetahui segalanya tentang bumi dan alam kerana Dia lah pencipta bumi dan langit. Segala kejadian alam yang terungkai di dalam Al-Quran adalah kerana Allah SWT sememangnya pencipta alam semesta.

Mana-mana saintis pun tidak akan mampu menulis kajian sains dengan  tepat tanpa mengkajinya.

Maka Allah SWT wujud dengan bukti bahawa Al-Quran itu benar. Namun manusia tetap tidak boleh melihat Allah SWT kerana ia merupakan hal keimanan. Orang yang beriman akan beriman walaupun tidak mampu melihat tuhan. Bagaimana seorang Muslim mampu yakin dengan kewujudan tuhan tanpa melihat tuhan? Itu lah yang dipanggil iman.


3. BAGAIMANA ALLAH TIDAK ADA PERMULAAN DAN TIDAK ADA AKHIR?
sedangkan kita semua yg ada di muka bumi ini ada awal dan akhirnya.

★Awal dan akhir ialah berkaitan dengan 'waktu'. Segala apa yg ada di alam ini ialah ciptaan Allah SWT termasuk lah waktu. Waktu ialah ciptaan Allah yg sgt unik kerana ia tidak mampu dilihat, dipegang tetapi kita tahu, waktu itu wujud.

Maka Allah SWT pencipta masa, tidak akan termasuk di dalam zon waktu. Maksudnya, Allah SWT tidak terikat dengan waktu. Manusia mampu merasai lahir, mumayiz, baligh, kawin, beranak, bercucu, sakit tua, mati. Manusia mampu merasakan cepat dan lambat.Tetapi Allah SWT tidak terikat dengan waktu-waktu itu. Oleh itu, Allah SWT tidak dilahirkan, tidak melahirkan dan tidak mati.

Macam mana boleh tidak terikat dengan waktu? Manusia tidak akan mampu memikirkan bagaimana rasanya jika tidak terikat dengan waktu kerana ia diluar batasan akal fikiran manusia. Sama juga sebagaimana manusia tidak mampu membayangkan keindahan syurga dan keseksaan neraka yang sebenar. Apa yang paling indah mampu kita bayangkan, syurga akan jadi berlipat kali ganda lebih indah dari itu. Seseksa mana kita bayangkn, neraka akan jadi lebih dahsyat dari itu.


4. KENAPA WANITA ISLAM TIDAK BOLEH SETARAF DENGAN LELAKI?
sedangkan sama2 manusia. Kenapa sampai lelaki je bagi nafkah? Kenapa lelaki aurat sikit tp perempuan aurat bnyk?

★Di dalam Islam, lelaki dan wanita mempunya kelebihan tersendiri. Ada hal yang sesuai untuk lelaki dan ada hal yang sesuai untuk wanita. Ini ialah fitrah manusia.

Perlu diterima hakikat bahawa lelaki sememangnya lebih kuat daripada wanita. Jika berlaku pergaduhan gusti di antara lelaki dan wanita, fitrahnya kita dapat mengatakan bahawa lelaki itu akan menang. Itu ialah fitrah. Oleh sebab itu jarang sekali kita mendengar kes ragut yang melibatkan beg selempang lelaki tetapi banyak sekali kes ragut melibatkan beg tangan wanita. Sedangk
an kedua-dua beg mempunyai isi yang bernilai kedua-duanya disangkutkan di sebelah bahu.

Begitu juga fitrahnya dalam aktiviti lasak. Bilangan wanita di dunia ini sebenarnya ialah lebih ramai daripada lelaki. Tetapi dalam ketenteraan, lelaki ialah dominan. Dalam kejuruteraan, lelaki juga dominan. Hal ini membuktikan lelaki lebih kuat fizikal berbanding wanita.

Oleh sebab fitrah ini, Islam meletakkan lelaki sebagai pelindung wanita. Suami harus menjaga isteri2 dan anak2 mereka. Jika ayahnya  meninggal, nafkah bukan jatuh pada ibu tetapi jatuh datuknya. Malah si ibu dinasihati untuk berkahwin lagi.

Adakah ini membawa makna wanita lemah dan hina di dalam Islam? Tidak!

Wanita ialah pemberi semangat kepada suami mereka. Itu merupakan peranan moral yg sgt penting di dalam jiwa fitrah ini. Islam menjaga kehormatan wanita dengan menetapkan setiap anak mesti menyayangi dan mentaati ibu mereka tiga kali lebih awal daripada ayah.

Wanita wajib menutup aurat yang lebih banyak drpd lelaki untuk menjaga kehormatan maruah mereka. Itu juga ialah fitrah. Adakah perempuan berjalan separa bogel di tengah pekan akan disanjung oleh masyarakat? Fitrah mengatakan wanita yang memakai baju dengan sopan itu lebih bemaruah daripada yg separa bogel.


5. KENAPA PERLU IKUT SANGAT DENGAN ISLAM?
sukati la nak ikut apa. Kubur masing2. Pakai tudung tu kan pilihan. Nak pakai kan bagus, tk pakai tu dah pilihan dia.

★Ini ialah hal akidah di mana Islam wajib mentaati perintah Allah SWT. Malah semua agama juga dituntut mentaati perintah tuhan mereka. Maka apa sahaja yg diperintahkan oleh Allah SWT ialah wajib.

Benar, ia merupakan pilihan. Sedar atau tidak, ia merupakan pilihan untuk kita pilih dosa atau pahala dan syurga atau neraka. Orang yang beriman akan cuba sedaya upaya untuk memilih pahala dan menjauhi dosa.

Adapun sesetengah orang beriman itu masih melakukan maksiat seperti merokok dan membuka aurat. Tetapi mereka melakukannya dalam keadaan mereka tahu perbuatan itu dosa dan sentiasa cuba untuk tidak melakukan dosa lagi. Muslim memahami bahawa Islam menjadikan perintah Allah SWT sebagai kemestian dan kewajiban. Kerana setiap Muslim itu mesti mahu ke syurga dan tidak mahu neraka.


6. SYURGA DAN NERAKA TU WUJUD KE?
kalau wujud, benda tu kat mana?

Kita telah membincangkan tentang bukti kebenaran Al-Quran dalam bentuk saintifik di dalam jawapn soalan pertama. Sekaligus menjadi bukti bahawa Al-Quran tidak ditulis oleh orang tetapi pasti ada sesuatu yg sangat hebat mampu mengetahui misteri alam tanpa kajian moden. Dari itu kita yakin bahawa Al-Quran ialah kalam Allah.

Di dalam Al-Quran yang sama ini, ada ditulis tentang syurga dan neraka. Oleh itu, wajib beriman kepadanya.

Persoalan di mana syurga dan neraka ialah tidak mampu difikirkan oleh akal manusia.

Dalam sejarah, jika kita mahu buktikan sesuatu peradaban maka peelu dikaji artifak nya. Artifak Syurga sebenarnya memang ada di atas bumi ini iaitu Batu Hajarul Aswad di Mekah.

Kajian telah dibuat (boleh dicari keputusan kajian ini) di mana batu hajarul aswad ini tidak pernah ada yg sama dengannya di atas muka bumi ini. Ia juga tidak sama dengan mana-mana batu meteor yang pernah jatuh ke bumi. Maka ini membuktikan bahawa jika ia bukan dari bumi dan bukan dari angkasa, ia ialah dari syurga sebagaimana kebenarannya di dalam Al-Quran.


7. KENAPA TUHAN TAK JADIKAN SEMUA ORANG BAIK SAHAJA?
Jadi tak perlu lah manusia bersaing mendapatkan neraka atau syurga.

★Allah menciptakan manusia ialah salah satu bukti kekuasaannya. Allah telah menciptakan Malaikat yang mana semua mereka baik sahaja. Juga Allah telah mencipta Syaitan yang mana semua nya jahat belaka. Maka penciptaan manusia ialah bukti kebesaran Allah di mana Allah juga mampu mencipta manusia yang ada baik dan ada jahatnya.

Namun Allah SWT tidak zalim kepada kita, Dia beri kita pilihan sama ada kita memilih syurga ataupun neraka.

Syurga dan neraka bukan lah satu saingan. Jika semua orang baik, semua orang muat untuk masuk kesyurga. Begitu juga sebaliknya. Tidak ada kuota tertentu dalam memasuki syurga atau neraka. Oleh itu memilih syurga atau neraka bukanlah persaingan sesama manusia. Ia merupakan pilihan untuk kita memilih untuk taat atau ingkar.

KREDIT TO:https://t.me/revolusimelayubaru/1397

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...